Dulu masa kecil-kecil, sering kali beranggapan kahwin aje, boleh mengandung dan beranak. Malah pengalaman melihat ibu saudara,

sepupu-sepupu, kahwin, lepas beberapa bulan, mengandung dan tidak lama tu beranak. Langsung saya tidak pernah terlintas akan aspek “Masalah Kesuburan” atau lebih tepat lagi, Masalah Ketidaksuburan. Sehingga lah saya melalui tempoh-tempoh “genting, menduga, stress, tertekan, mengharap dan kecewa” kira-kira 6 bulan selepas saya berkahwin, apabila belum ada lagi tanda-tanda saya hamil…

masalah ketidaksuburan wanita

set kesuburan shaklee

Diperli ibu mentua di depan saudara mara, suami tidak balik rumah, kenduri-kendara & hari raya dok terperap di rumah dek tidak tahan dengan kata-kata ibu mentua yang cukup menyakitkan hati dan telinga… itu saya lalui, dan saya telan dengan penuh tabah, apabila ipar-duai pula macam berlumba-lumba untuk beranak setahun seorang…

He he… panjang melarut pula intro saya… sebenarnya entry kali ini nak cerita pasal Masalah Kesuburan Wanita Dan Lelaki. Moga entry ringkas ini boleh menjadi rujukan kepada pasangan berkahwin di luar sana yang belum dikurnia zuriat, sebagai panduan untuk bertindak.

Hakikatnya, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aspek kesuburan seseorang wanita mahu pun lelaki. Antara yang lazim ialah wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami Masalah Ketidaksuburan atau dalam istilah perubatannya infertiliti. Berbadan gempal, berat badan tinggi, lemak selulit menggeleper keliling pinggang bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih / telur. Dalam kebanyakan kes, kegemukan / obesiti menyebabkan tidak bertelur.  Dalam bidang perubatan ia dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan / ovulusiSet Kesuburan Shaklee

Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (body mass index- BMI)- melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. set kurus shaklee

Bagi lelaki pula, aspek berat badan juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan sperma. Kajian mendapati, lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai aras hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma/ benih lelaki).

Menyedari hakikat itu, mengekalkan berat badan ideal atau penurunan berat badan bagi seorang wanita dan suami adalah amat penting sebagai salah satu langkah rawatan bagi Masalah Ketidaksuburan atau infertiliti.

Namun jika anda masih juga blurrr tentang aspek Kesuburan mahupun aspek Ketidaksuburan, langkah paling baik ialah berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising
hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selain itu, pemeriksaan selanjutnya turut dicadangkan.

  • Ujian Pap Smear harus dijalankan setahun sekali. Pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim.
  • Ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) melalui faraj yang dikenali sebagai transvaginal sonography (TVS).
  • Ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram atau HSG) untuk mengesan masalah salur Fallopio sama ada tersumbat, melekat atau masalah lain.
  • Ujian laparoskopi (secara tebukan di bahagian umbilikus atau pusat) sebagai langkah rawatan / treatment.
  • * Ujian x-ray rahim ialah satu tatacara yang mana doktor pakar x-ray atau pakar radiologi akan menyuntik satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj dan pada masa yang sama 6 hingga 8 keping gambar akan diambil untuk mengesan sama ada salur Fallopio anda tersumbat atau tidak. set kesuburan shaklee

Rawatan yang bersesuaian akan diberikan mengikut penyebab infertiliti. Pada kebiasaannya penyebab utama ialah anovulasi (tidak bertelur atau tidak subur). Ubat subur yang biasa diberikan ialah clomiphene citrate. Ubat ini merupakan hormon anti-estrogen sintetik yang berfungsi untuk meningkatkan rembesan hormon perangsang folikel (FSH) daripada kelenjar pituitari yang seterusnya akan meningkatkan perkembangan folikel di dalam ovari.

Bagi lelaki pula, sejarah perubatan, pemeriksaan klinikal dan ujian air mani perlu dijalankan. Orkidometer ialah sejenis alat yang berupa tasbih yang besar yang mempunyai ukuran yang berbeza-beza. Ia boleh digunakan untuk mengukur saiz buah zakar (kelenjar testis) bagi pihak lelaki. Buah zakar yang bersaiz normal ialah berukuran antara 15 hingga 20 ml. Pemeriksaan seterusnya ialah ujian air mani. Kadang-kadang ujian air mani perlu dijalankan beberapa kali kerana keputusannya mungkin berubah jika ujian yang pertama kali tidak normal.

masalah sperma lelaki

Perkara yang boleh menyebabkan benih suami kurang bilangannya, tidak aktif atau tidak normal bentuknya ialah penyakit-penyakit jangkitan kuman, gaya hidup tidak sihat (merokok, hisap dadah), genetik…

Ok, ni entry ringkas aje. Moga ia membantu anda untuk lebih memahami Masalah Kesuburan Wanita Dan Lelaki.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

pengedar shaklee online

pengedar shaklee selangor

Jannah PS Low Shaklee Independent Distributor ID No : 1078477

 

Cara Pengedar Shaklee atau Stokis Shaklee di area anda ?  -->  Pengedar Shaklee dan Stokis Shaklee Malaysia



Cara Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ --> Cara Beli Shaklee Online


Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Online --> Daftar Ahli Shaklee Online